TM – Apa itu Teknologi 5G?

      2 Comments on TM – Apa itu Teknologi 5G?

Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang Teknologi 5G?

Eloo  semuaa.. Ok. Kali ini BB nak berkongsi sikit pasal teknologi. Walaupun BB bukan lah terror sangat pasal tekologi terkini. Tapi sejak krisis covid19 ni BB suka plak berkawan dgn teknologi ni. 

Rasa2nya bukan BB je, tapi rasanya makcik2 dan pakcik dari genarasi baby bommer, yg suka bahan2 kelasik pun dah mula pandai guna dan bercakap pasal teknologi sejak dua mejak ni. Dah pandai main online2 dah.kan..kan. 

Bukan BB yang muncul selepas baby bommer ni nak ketinggalan dgn teknologi?. Tambah2 lagi anda semua yang kebanyakkannya generasi Y ni..yg dikatakan generasi millennial, bukan langsung tak nak ambil tahu tentang perubahan teknologi kot. Nanti ketinggalan. So, apa kata kita sembang2 sikit pasal teknologi 5G.

Setakat ini Pulau Langkawi menjadi pulau pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi 5G - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi

APAKAH itu teknologi 5G?

5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Kalau dulu, wayar2 telefon berselirat untuk burung hinggap, sekarang ni burung2 kena la cari bumbung bangunan plak sebab dah tak ada byk wayar. Nak cari pokok untuk hinggap pun pokok dah kena tebang. Teknologi ini merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G.

Teknologi 5G  ni memang hebat la keupayaannya dari teknologi sebelumnya. Masa teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih.

Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat. So masyarakat sekarang kena la amik tau sebab nak tak nak teknologi akan datang menghampiri kita. Pada adik2 tu jgn guna teknologi ni sekadar terror untuk main game je..blajar2 la camne nak guna teknologi bagi memudahkan hidup kita. Yang  boleh mendatangkan hasil.

Sebenarnya kalau kita bijak mencari peluang dengan teknologi  ni, sekarang mudah sangat nak cari pendapatan melalui online. Kita duk kat rumah pun duit boleh masuk. Kalau dulu siapa duk rumah tu dikatakan pemalas la, jgan harap makcik sebelah rumah nak buat kita jd menantu. Tapi sekarang, yang tak keluar rumah tu la Porsche parking kat depan rumah. Haha.. nampak tak teknologi merubah keadaan?

Berdasarkan demonstrasi yang dilakukan TM di Langkawi, kelajuan 5G yang boleh dicapai mencecah 1.5GB sesaat - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi

Adakah 5G ni mempunyai kelajuan yang tinggi semata-mata? Teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti. Berdasarkan demonstrasi yang dibuat TM di Langkawi, kadar kelajuan maksimum yang berjaya dicapai mencatatkan lebih 1.5GB sesaat untuk muat turun data. 

Ini bermakna anda hanya perlu beberapa saat untuk menyiapkan muat turun filem kegemaran anda pada kualiti HD. Haa..jgn cuba2 ada niat nak guna utk ciplak filem utk buat business plak. Jgn salah guna teknologi.

Kalau sebelum ini, kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat, melalui teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat. Kadar lengahan ini membolehkan kawalan peranti pada jarak jauh menjadi lebih cekap dan jitu.

Selain itu, teknologi 5G ni juga mampu menghubungkan sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama.

Mudah cakap, tiga sifat utama 5G

  1. Kelajuan yang tinggi
  2. Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
  3. Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi

Apa pentingnya sambungan internet yang cekap ni? Kecekapan sambungan internet mudah alih menerusi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti. Maksudnya, penggunaan bateri lebih jimat dan peranti boleh tahan lebih lama. Malah, kapasiti internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh IoT. 

Apa IoT? Cari dlm google. Kalu BB nak cerita detail mmg jadi novel perkongsian BB ni. Haha.. Cuma BB blh ringkaskan ianya adalah melibatkan internet kebendaan dalam semua aspek kehidupan seharian. So kita bersiap sedia lah dengan kehadiran Revolusi Industri 4.0. Nanti BB ceta bab industri 4.0 di lain masa ye.

Kenapa perlu 5G ? 4G pun belum lengkap kat Malaysia…dari maklumat yg ada, sehingga Oktober 2019, kadar penembusan rangkaian 4G di Malaysia  sudah berada pada tahap 82.2 peratus.

Bermula Oktober 2019, TM memulakan pembangunan infrastruktur 5G di Subang Jaya dan kemudian diikuti dengan penggunaan yang dilakukan di Pulau Langkawi di bawah Projek Pembangunan 5G (5GDP).

Sebagai langkah memastikan Malaysia berada ‘kebal masa depan’,  adaptasi teknologi 5G bakal melengkapkan kesalinghubungan sambungan sedia ada malah mempercepatkan proses pembangunan ekosistem digital di Malaysia. 

TM dan Digi kini menguji perkongsian rangkaian 5G di Pulau Langkawi

Teknologi 5G yang telah diuji di Langkawi nampaknya berupaya untuk memberi liputan yang lengkap di semua kawasan (bandar atau luar bandar) dengan kos yang lebih cekap.

Setakat ini, teknologi mudah alih telekom tidak diklasifikasikan sebagai “teknologi kegunaan umum” seperti teknologi elektrik, internet mahupun teknologi enjin pembakaran dalaman. Kesemua teknologi kegunaan umum ini telah banyak mengubah gaya hidup manusia dan cara perniagaan dijalankan.

Dengan kehadiran teknologi generasi kelima (5G), ia berpotensi besar untuk merancakkan komunikasi mudah alih melalui inovasi di samping mewujudkan industri baharu yang membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara.

Ini bermakna 5G akan memajukan teknologi mudah alih semasa melalui penambahbaikan teknologi untuk menghubungkan manusia dengan peranti canggih lain. Nanti BB rasa manusia akan lebih byk bekerja dan berurusan dgn robot, dgn komputer. So BB nak pesan, pakat2 kena belajar teknologi dari sekarang. Kalau berurusan dengan manusia ni kalau tak tahu boleh juga dia tolong2 kita. Kalau dengan robot? Kita menangis bagai nak rak pun dia buat tak tahu je. 

Lepas ni kita duk kat rumah pun boleh pergi shopping mall. Haha..camne tu? Yela kalau dah realiti  berperantara yang menggabungkan dunia fizikal dengan dunia maya dapat disediakan nanti. Kalau masih tak faham juga BB bagi contoh. Pernah tgk wayang 3D? Dgn pakai spek je kita rasa kejadian dlm filem tu betul2 berlaku dekat sangat dengan kita. Kalau ada letupan tu siap kita elak2 lagi. Nanti macm tu la, pakai spek je kita dah sampai shopping mall. Haa..sambil baring pun kita boleh pilih barang. Cuma bezanya barang tak boleh dpt masa tu.

Sejak menceburi dalam industri telekomunikasi sejak lebih daripada 30 tahun, Telekom Malaysia Berhad (TM ) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar dan mempunyai liputan jalur lebar terluas di Malaysia.

Sebagai peneraju setiap evolusi teknologi telekomunikasi negara, TM bersedia menuju ke arah 5G dalam menyokong dan meningkatkan kehidupan setiap rakyat Malaysia ke arah Masyarakat Digital, Ekonomi Digital dan Kerajaan Digital. 

Tahniah BB ucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mula mendampingi dgn dunia digital ni. Tapi ramai lagi antara kita yg bila diajak berubah kearah penggunaan digital mengatakan dunia digital ni mengarut je, menipu je. Tak apa mungkin dia belum sampai keperluan yg terpaksa utk mengguna dunia digital ni. Tapi bila dah sampai nak masuk toilet pun kena scan kod, masa tu baru nak gelabah. Haha.. harap2 la masuk toilet masih guna syiling lg.

Apakah yg boleh BB katakan, kita mmg menuju kearah itu. BB ambil contoh yg mungkin ramai telah menghadapi ialah perubahan sistem tol lebuh raya. Nampak tak mcm mana dia berubah? Mula2 boleh guna tunai..lepas tu Touch N Go (TnG)…Lepas tu Smartag. Masa kerajan galakkan mengguna TnG ramai lagi yg mengguna tunai, sanggup beratur panjang2 walaupun kita tahu TnG blh memudahkan perjalanan. Tak perlu beratur sgt. Dan akhirnya apa jadi? Kerajaan tak benarkan lagi guna tunai, barulah pakat2 nak guna TnG dan Smartag. Boleh pula kita berubah. Kita ni bila dipaksa baru nak berubah. Bukan semua. Hanya segelintir, bila disebat baru berubah. Hee…

Sekarang ni kita dah mula kearah tanpa tunai pula.Kerajaan galakkan kita menggunakan E-dompet. Bayar pun main scan2 kod je. Bayar pun blh guna Cash Point. Dlm dompet kita nnti ada ic dgn lesen je. Duit kertas, duit syiling dh tak jumpa lg dh. Huhu…

Sebagai tanda sokongan MSS untuk meningkat tahap kesedaran teknologi digital kepada rakyat Malaysia, MSS juga turut bekerjasama dengan TM untuk menawarkan pelbagai sokongan promosi. 

So, sementara ada promosi dan sokongan ni, ambil la peluang. Bagi siapa2 yang ingin dapatkan pelbagai perkhidmatan TM, eksklusif untuk anda sebagai ahli MSS atau smart user TM ada menawarkan penjimatan sehingga 75 CP dengan setiap pendaftaran package plan yang anda minat (1 CP =RM1). Maksudnya lebih jimat dari sesiapa yang tidak menjadi ahli MSS. Sebenarnya penggunaan CP ni adalah antara langkah2 kearah cashless trend  atau penggunaan tanpa tunai.  

Sangat berbaloi bila anda sebagai ahli MSS kerana penjimatan dimana2. Jangan risau, kalau masih belum ahli MSS, Klik dan daftar percuma di sini “FREE Registeration MSS”.   Untuk memudahkan anda, klik dan lihat “Vedio Tutorial”

Jom bersama melangkah kedunia teknologi digital 5G bersama TM.

Kredit kpd sumber berita Astro AWANI/Hilal Azmi. Terima kasih atas perkongsian berita anda.

 

#BersamaSama5G #DigitalMalaysia #HidupLebihMudah #5GMalaysia #ProgressingHumanity #NegaraDigital #DigitalNation #DigitalMalaysia #HidupLebihMudah #LifeMadeEasier

2 thoughts on “TM – Apa itu Teknologi 5G?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *