#Tips 2 – Bagaimana Berjimat Ketika Membeli belah Atas Talian (Online)

Terima kasih dan kredit kepada segmen Bijak Belanja TV9 Nota: Vedio diatas adalah satu perkongsian yang bermanafaat untuk semua. Tidak mewakili mana2 platform. Sekadar berkongsi tips perlunya berjimat ketika berbelanja. Kredit kepada Wartawan Suzila Idayu menerusi Segmen Bijak Belanja.#BeritaTV9

Hi, Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat BB dan seluruh rakyat Malaysia semua. Harap anda semua masih lagi terus tabah mengharungi kehidupan dalam  norma-norma baru dengan masih lagi mematuhi SOP. Kita masih lagi belum menang, walaupun suatu masa tu kita rasa dah hampir2 menang. Tapi nampaknya sejak dua mejak ni angka2 peningkatan penularan makin menakutkan. BB tak mahu bercakap kenapa angka2 itu mula bertambah, takut2 nanti timbul sesuatu yang sensetif. Cukuplah kita meneruskan usaha #kitajagakita.  

Dah lama juga BB tidak menulis. Yelah selepas PKP tamat BB mula sibuk dengan rutin kerja biasa. Tapi sejak kena kuarintin mengikut daerah semuala ni, barulah dapat mengadap muka computer lebih sikit.

So dalam coretan BB kali ini BB nak kongsi2 tips yang mengkin sama-sama boleh mendapat manfaat. Tips ni pun BB baca dalam pelbagai media. Tips bagaimana kita boleh ambil peluang berjimat ketika membuat belian atas talian. Memandangkan dalam norma2 baru ni kita tidak terlepas dalam menghabiskan banyak masa dengan media social dan mungkin akan terpengaruh dengan tawaran2 atas talian. So, apa kata kita cari tips2 yang boleh memberi sedikit panduan kepada kita semasa membeli belah dalam talian.

Membeli belah dalam talian memang sangat memudahkan malah menawarkan keselesaan dan kemudahan, tetapi ramai yang tidak tahu ada cara yang boleh menjimatkan wang semasa shopping online. Hmm menarik kan? Terdapat banyak tips yang boleh anda cuba. Berikut adalah beberapa cara yang BB kongsikan untuk jimatkan wang anda semasa anda membeli belah dalam talian sebagaimana vedio segmen Bijak Belanja dari TV9 yang BB kongsikan di atas. Berikut antara tips yang mungkin boleh sama2 kita mencuba:-

1.Membuat sedikit selidikan terhadap sesuatu produk terlebih dahulu.

Penyelidikan mengenai produk yang anda ingin beli adalah penting dan ia akan menjimatkan wang anda. Anda perlu mencari informasi mengenai produk yang anda ingin beli. Anda akan tahu anda mendapat tawaran terbaik. Anda perlu membandingkan harga, ataupun tawaran di laman web. Sebagai contoh, laman web A menjual pada harga murah, tetapi laman web B menawarkan waranti produk selama setahun. Oleh itu, anda perlu menyelidik terlebih dahulu tentang produk yang ingin dibeli.

2. Membuat email khas untuk anda membeli-belah dalam talian

Ianya sangat membantu jika anda ada satu email yang memang dikhaskan untuk membeli-belah dalam talian. BB pun ada membuat email khas untuk tujuan membeli belah. Ini akan menyebabkan email untuk urusan2 rasmi tidak bercampur dengan pelbagai email yang boleh menyerabutkan kepala otak kita. Pihak peniaga dalam talian sering menghantar email tentang diskaun, tawaran hebat dan kupon. Jika ia bercampur dengan email peribadi anda, ianya akan menjadi sangat serabut. Anda juga mungkin akan terlepas baca email tersebut.

3.Menjejak harga jualan.

Salah satu cara paling bijak untuk menjimatkan wang anda dalam talian adalah dengan menjejaki harga jualan untuk diskaun sesuatu barangan. Kesilapan kebanyakan diantara kita di sini ialah memeriksa laman web dalam talian seberapa kerap mungkin secara manual tetapi tidak mencatat atau menyimpan harga untuk produk yang kita berminat untuk mendapatkannya. Jika kita melakukan jejak harga , kita tidak akan tertipu dengan tawaran hebat yang ditawarkan. Kadang2 harga diskaun yang ditawarkan cukup tinggi tetapi masih lagi mahal berbanding dengan laman web yang lain.

4.Beli pada masa yang tepat.

Kesilapan lain yang dibuat oleh kita adalah membeli-belah pada masa yang salah. Adalah penting untuk mengetahui masa yang sesuai untuk membeli-belah dalam usaha menjimatkan wang. Pembekal tahu apabila pelanggan membeli, dan menyesuaikan harga mereka dengan sewajarnya. Kebanyakan dari kita membeli-belah pada hari Ahad sehingga harga biasanya meningkat apabila pendekatan hujung minggu. Tawaran terbaik berlaku pada awal minggu, oleh itu adalah yang terbaik untuk berbelanja secara online pada pertengahan minggu iaitu seperti hari Selasa atau Rabu untuk tawaran terbaik.

5.Gunakan kod kupon.

Kupon datang dalam bentuk kod yang anda perlu masukkan semasa membuat pembelian dalam talian. Walaupun kadang-kadang para peniaga  akan menghantar kod ini, lokasi terbaik untuk mencari mereka adalah laman web kupon. Untuk mengelakkan pencarian yang tidak berkesudahan, pilih laman web yang menawarkan diskaun dari banyak peruncit yang berbeza, seperti Fave, Groupon atau lain2 untuk mencari yang kupon yang anda mahukan. Ia adalah cara untuk jimatkan wang semasa membeli belah dalam talian yang paling senang untuk dilakukan.

6.Menggunakan APPS yang boleh mendapat pulangan duit atau reward semula.

Ada ke apps yang boleh memberi pulangan duit dan reward semula kepada pengguna?. Ya . Ada. Banyak. Anda boleh memilih mana2 apps yang percuma untuk anda guna. Contoh apps shoppe, lazada, boost dan banyak lagi. Anda boleh muat turun sahaja melalui play store. Anda carilah mana2 apps yang boleh dimuat turun secara percuma. BB cadangkan kepada anda gunalah satu apps percuma ni. BB rasa apps ni sangat menarik iaitu apps MSS atau dikenali juga Apps My Smart Shopper. Dari feedback yang BB dapat, apps ni akan memberi banyak kelebihan ketika anda berbelanja dan boleh mengumpul sebanyak mungkin Cash Point dan reward point dan anda boleh gunakan semula untuk pembayaran pelbagai bil atau diguna untuk berbelanja semula. Kenapa BB syorkan apps MSS ni? Kerana kita boleh mendapatkan penjimatan tidak kira kita berbelanja melalui online atau pun offline. BB juga adalah pengguna kepada apps MSS ni. Sangat best! Sangat Eksklusif  dan ianya percuma. BB kongsikan bagaimana anda juga boleh bersama menjadi rakan Eksklusif MSS secara PERCUMA tu.

Klik dan “Joint For FREE”

Untuk anda mula mendapat manafaat melalui apps MSS ini, anda hanya perlu aktifkan sendiri setelah mendapat notification melalui e-mail yang anda daftarkan dalam registration form tadi.

Lihat vedio tutorial disini untuk lebih jelas “VEDIO TUTORIAL”

7. Beli dari satu penjual sahaja

Ia adalah salah satu taktik pengguna yang paling bijak untuk melekat dengan satu peniaga untuk pelbagai jenis produk. Jika anda membeli banyak produk dari peruncit yang sama, anda akan cenderung untuk menyimpan wang dengan lebih banyak. Oleh itu, ingatlah, jika anda membuat banyak pembelian sekaligus, cuba beli semua dari satu syarikat penjual. Ia juga membolehkan peruncit menghantar semua pembelian anda sekali gus dan anda boleh berjimat sampai beratus-ratus untuk kos penghantaran.

8.Tinggalkan barangan di troli anda (Add to cart)

Cara untuk jimatkan wang semasa membeli belah dalam talian ialah dengan meletakkan barangan di keranjang anda. Ia membolehkan peruncit tahu anda mempunyai minat untuk membeli. Apabila anda sengaja meninggalkan item di dalam troli anda selama beberapa hari, peruncit itu akan mula untuk panik. Daripada kehilangan jualan, mereka sering akan menghantar tawaran diskaun untuk membuat anda memuktamadkan pembelian anda. Meninggalkan item di dalam keranjang anda juga merupakan cara yang baik untuk mengelakkan kehilangan wang yang lebih banyak.

Ok. Itulah beberapa tips yang BB dapatkan kongsikan kali ini. Banyak lagi yang akan BB kongsikan dengan anda untuk manfaat bersama. Harap anda dapat berkongsi atau share tips2 web BijakBelanja dengan orang2 yang anda sayang supaya sama2 boleh menggunakan apa yang BB kongsikan sebagai panduan. Terima kasih. Jumpa lagi. Salam sayang untuk semua.

#bijakbelanja #penjimatandihujungjari

1 thought on “#Tips 2 – Bagaimana Berjimat Ketika Membeli belah Atas Talian (Online)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *