PKPB: Arahan kerja dari rumah untuk pekerja awam & swasta.

Hi semua, nampaknya BB boleh berkongsi banyak lagi info2 dengan anda semua. Hari ini harap semua dah dapat info dari Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  yang pekerja di peringkat dalam sektor awam dan swasta di zon merah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Oktober ini.

Beliau menyampaikan keputusan itu  dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan pergerakan pekerja bagi mengekang penularan Covid-19. So, kalau di arah bekerja kat rumah tu jangan la ambil kesempatan untuk lebih banyak buat aktiviti luar rumah. Duduk rumah  dan buat kerja. Yang tak buat kerja, duduk diam2. Jangan nak merayap tanpa tujuan.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) juga memaklumkan bahawa hampir 800,000 pekerja sektor industri dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah akan terlibat dengan arahan ini. Arahan ini juga akan melibatkan seramai hampir 200,000 penjawat awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

“Ini merupakan arahan dan bukan lagi permintaan. Majikan diarah mengeluarkan surat pelepasan bagi pekerja-pekerja ini untuk bekerja dari rumah,” katanya pada sidang media hari ini.

Walaubagaimana pun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan dan pihak majikan diarah mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh PKPB.

Menurutnya lagi, arahan akan berkuat kuasa Khamis ini sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

Maklumat jenis pekerjaan yang perlu kerja di rumah pula akan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI dalam masa terdekat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berkata bagi pekerja di zon merah yang perlu bekerja di pejabat, mereka perlu melakukan ujian calitan (swab) dan jika majikan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kos ujian akan ditanggung Perkeso.

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berkata kerajaan mewajibkan semula pekerja warga asing sektor pembinaan dan pengawal keselamatan membuat ujian sebagai kawalan pencegahan penularan kes di tempat kerja.

“Ketetapan ini diteruskan kepada pekerja warga asing di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan.

“Bagi pekerja warga asing yang majikan mereka mencarum dengan Perkeso, ujian swab adalah disediakan secara percuma,” katanya.

Ok. Itu sahaja perkongsian dari BB berkaitan PKPB: Arahan kerja dari rumah yang diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini. Selamat bekerja dari rumah kepada anda semua. Jumpa lagi.  

Kepada yang perlu rentas negeri atas pekara2 kecemasan boleh klik dan muat turun permohonan di “Permohonan Rentas Negeri”

#kitajagakita #pkpb #covid19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *