Muat Turun Borang Permit Rentas Negeri Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Hi, Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. BB nak tanya, ada yang perlu rentas negeri ke semasa PKPB ni? Rasanya ramai yang dah ambil maklum yang pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020 ini telah dikuatkuasakan sebagaimana  memetik  laporan Berita Harian,  Apa yang BB ingin kongsikan ialah bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar atau masuk atas urusan2 yang penting serta melalui negeri yang berada dalam PKPB perlu mengemukakan borang permit rentas negeri yang dikeluarkan oleh PDRM. 

Semasa perlaksanaan PKPB ini, bagi yang gagal mengemukakan borang permit rentas negeri boleh didenda tau. Dan jika ditahan oleh pihak berkuasa boleh dikompaun sehingga RM1,000 dan dihadapkan ke mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda. Mau terbang RM1,000. Silap2 kena  enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Risiko kepada yang bekerja. Bila dah kena penjara tu, mesti ada tindakan dari majikan pula. Fikir2kan lah.

So, bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri tu BB nasihatkan untuk mengisi borang rentas negeri dan mendapat kelulusan daripada pihak polis terlebih dahulu.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya, pengecualian pergerakan rentas negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan kepada empat kategori individu sahaja iaitu:

  1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan seperti sakit dan kematian. 
  2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan,
  3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan, dan
  4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. 

Contoh Individu dari negeri Johor yang hendak menuju ke negeri Perlis dan terpaksa merentasi negeri Selangor atas sebab kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Johor sebelum membuat pergerakan.

Satu lagi contoh, Individu dari negeri Melaka yang hendak memasuki Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana berlaku kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Melaka sebelum membuat pergerakan.

Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.

So di sini BB kongsikan Borang permit yang perlu diisi dan boleh dimuat turun menerusi pautan: https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2 ATAU diperolehi di balai-balai berdekatan dan dihantar semula ke kaunter pertanyaan untuk mendapat kelulusan.

Apa yang BB tahu, hanya dua orang sahaja dibenarkan dalam setiap pergerakan. Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.

Ok. BB ringkaskan dokume2 yang diperlukan untuk persediaan awal ke balai polis atau untuk lebih sahih, anda boleh sahaja menghubungi balai polis yang berhampiran untuk penerangan lebih jelas.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

1) 2x borang permohonan permit rentas negeri.

2) 2x salinan kad pengenalan

3) 2x salinan dokumen sokongan

CARA MEMOHON PERMIT RENTAS NEGERI (PKPB):

1) Isi borang permohonan permit rentas negeri PDRM.

(1 borang sahaja diperlukan untuk 1 kenderaan dengan tujuan yang sama)

2) Buat 2 salinan semua dokumen diatas.

3) Pergi ke Balai Polis berhampiran.

(Ada balai polis yang perlukan temujanji. Jadi sebaiknya telefon dulu balai tersebut untuk kepastian. Permohonan dibuka 24 jam ).

4) Serahkan semua dokumen tersebut & tunggu kelulusan

Walaupun kebenaran untuk merentas negeri sudah dilonggarkan, kita jangan leka melawan COVID-19. Sehingga hari ini masih ada jangkitan baharu. Lakukan perjalanan jika perlu sahaja.

So, BB harap kita sama2 dapat patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKPB ini berkuat kuasa.

#pkpb #rentasnegeri #pdrm #covid19

Sumber: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *