BAJA FOLIAR TERBAIK & BERKESAN

Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang termasuklah mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Ezigrow adalah sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Nilai pH Ezigrow ialah 6.1 dan ia sesuai digunakan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan.

APA ITU BAJA FOLIAR EZIGROW?

Baja foliar adalah baja larut air atau jenis semburan yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah,  baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya. Pendek Kata, Baja Foliar adalah Baja jenis cecair.

APAKAH PERBEZAAN BAJA FOLIAR DAN BAJA NPK?

Proses Penyerapan Baja Foliar : Baja Foliar -> Tumbuhan (Daun),

manakala

Proses Penyerapan Baja NPK : Baja NPK -> Media Tanah -> Akar

Kedua-dua mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk pertanian yang Berjaya kita memerlukan kedua-dua sekali. Baja NPK mengandungi makanan asas yang tinggi iaitu  N P K tetapi kekurangan unsur mikro seperti Boron, Kalsium, PGR dan sebagainya

Baja Foliar pula lebih bertindak sebagai vitamin dan memberi unsur2 mikro yang lain seperti Boron, Kalsium, PGR dan sebagainya bagi meningkatkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Ketahanan penyakit juga meningkat.

Dalam bahasa mudahnya seperti manusia masih perlu makan nasi ikan dan ayam tetapi untuk daya ingatan atau kulit yang cantik manusia memerlukan vitamin atau herba. Manusia hanya makan/minum melalui mulut Tetapi tumbuhan boleh makan melalui akar dan daun. MasyaAllah! Hebatnya ciptaan tuhan.

APAKAH KANDUNGAN NUTRISI YANG TERDAPAT DALAM BAJA FOLIAR EZIGROW?

Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

KELEBIHAN BAJA FOLIAR EZIGROW

♡ Mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.
♡ Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan proses fotosintesis dan kandungan gula dalam masa 1 jam selepas semburan.
♡ Mengandungi asid humik yang dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem imunisasi tumbuh-tumbuhan supaya lebih sihat.
♡ Menambah hasil pengeluaran tanaman sehingga 70%.
♡ Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran tanaman.
♡ Mengurangkan masalah pertunasan, pengunapan dan mengawal keguguran buah melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.
♡ Mesra alam dan mudah diuraikan.
♡ Sesuai digunakan untuk tujuan semburan atau siraman.
♡ Boleh dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat.

KESAN-KESAN BAJA FOLIAR EZIGROW

 Melengkap & mengimbang tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan
 Menggiatkan tumbesaran dan kadar fotosintesis serta gula dalam masa satu jam selepas penyemburan.
 Meningkatkan penyerapan khasiat dan menguatkan keimunan tumbuh-tumbuhan agar menjadi lebih sihat.
 Menambah hasil tanaman hingga 70%.
 Meningkatkan kualiti hasil tanaman.
Mengurangkan pengguguran bunga dan putik.
 Mesra alam dan biourai. Sesuai untuk semua jenis tanaman.
 Sesuai dicamput dengan racun kulat atau serangga.

CARA PENGGUNAAN BAJA FOLIAR EZIGROW

1. Padi – 90ml ( 1/4 ekar ) Sebulan sekali
2. Kelapa Sawit – 180ml ( 20 pokok ) 3 ke 4 kali setahun
3. Pokok Buah-buahan – 90ml ( 20 pokok ) 3 ke 4 kali setahun
4. Sayuran berbuah dan Bunga-bungan – 45ml ( 1/4 ekar ) 7 ke 10 hari
5. Sayuran Berdaun – 45ml ( 1/4 ekar ) 7 ke 10 hari

PEMBAJAAN UNTUK TANAMAN PADI ADALAH 3 KALI SEMBURAN

1. SEMBURAN PERTAMA 🌾
Dalam masa lebih kurang 40 hari selepas menabur (hari ke 40 – 45)

Fungsi:
Untuk mengeraskan batang padi dan menjadikan batang padi pahit (ulat tidak akan makan)
Daun padi juga lebih tebal dan kelebaran daun akan mengecil menyebabkan ulat tidak boleh menggulung daun

PEMBAJAAN ADALAH TIDAK DIGALAKKAN KETIKA USIA PADI 55 HARI HINGGA KE 80 HARI KERANA INI AKAN MENGAKIBATKAN MASALAH KEPADA PADI SEPERTI:

Pengisian biji padi Serangan penyakit dan serangga perosak Kekurangan cahaya kerana  daun akan menebal Pengurangan hasil.

2. SEMBURAN KEDUA 🌾🌾

– Dalam masa lebih kurang 85 hari (hari ke 80 – 85) semasa padi buting susu

Fungsi:
Mengeluarkan bilangan butir yang lebih sehingga mencecah 120 biji
Menguatkan tangkai biji untuk mengurangkan pengguguran bunga padi

3. SEMBURAN KETIGA🌾🌾🌾
– Dalam masa lebih kurang 90( hari hari ke 90 – 95 hari) semasa padi bunting

Fungsi:
Mengetatkan isipadu biji padi hingga ke hujung tangkai
Mengelakkan dari padi hampa 

MASA DAN CARA SEMBURAN BAJA FOLIAR EZIGROW

💦 Semburan adalah semasa cuaca dalam keadaan baik. Pastikan selepas semburan tiada hujan turun selama 6 jam.
💦 Masa paling sesuai menyembur ialah awal pagi sebelum jam 9 pagi atau jam 5 petang ke atas. ~Embun akan membantu proses penyerapan baja ke dalam sel epidermis daun
💦 Semburan adalah menggunakan semuran kabus untuk seratakan penyerapan baja..
💦 Semburan adalah terus ke daun yang menyebabkan berlaku proses fotosintesis secara langsung
💦 Boleh juga campur dengan racun serangga untuk menjimatkan masa kerja
💦 Semburan pertama baja .Ezigrow paling baik 5 hari selepas racun rumput. 

NOTA PENTING:
Baja tabur @ NPK juga wajib digunakan ,ini kerana untuk penyuburan semula tanah dan mengekallkan komposit tanah.

TESTIMONI KEBERKESANAN BAJA FOLIAR EZIGROW

PELUANG HEBAT UNTUK ANDA MENCUBA BAJA FOLIAR EZIGROW

Memang tak tahan tengok testimoni pengguna baja ezigrow. 

Ezigrow sesuai untuk semua jenis tanaman termasuk pokok buah, pokok bunga, cili, sayur-sayuran, pokok buah-buahan, kelapa sawit dan padi. Hanya sembur dibahagian pangkal pokok mengikut jadual dan sukatan yang ditetapkan.

Berminat boleh wasap ya.

Wasap sekarang untuk harga promosi dengan klik “HARGA PROMOSI”

Atau klik sahaja mana-mana saiz baja foliar dibawah untuk anda mendapat tawaran hebat yang anda inginkan!

4 LITER
1 LITER
500 ML

MOBILE STOKIS , PENGEDAR & DROPSHIP DIPERLUKAN

Berminat nak jadi ahli? … daftar keahlian & layak dapat harga ahli..☆☆☆

Dengan hanya RM47 yuran keahlian, anda berhak mendapat 10-20% diskaun di atas pembelian SEMUA produk Hai-O Marketing Sdn Bhd. Tak semestinya kena jual2, pakai sendiri pun boleh, lebih berbaloi-baloi bila jadi ahli.

Atau anda berminat untuk menjadi Stokis atau Agent Pengedar atau Dropship kepada Baja Foliar Ezigrow yang hebat ini? Boleh sahaja hubungi saya untuk saya bantu pendaftaran anda dengan tawaran menarik kerana Agent Ezigrow  KD juga bekerjasama dengan syarikat Isynergy melalui platform My Smart Shopper (MSS) yang sentiasa ada lebih penjimatan untuk anda semua.

Anda akan mendapat tawaran lagi menarik dan best bila mendaftar sebagai kominiti jimat belanja MSS atau sebagai ahli MSS secara percuma. Anda boleh mendapat lebih info di sini. Klik “TAWARAN HEBAT MELALUI MSS”

Pasti anda tidak akan rugi. 

Saya mengalu-alukan anda semua yang berminat untuk menjadi pengedar Baja Foliar Terbaik seluruh Malaysia bersama saya Ezigrow KD. Jenama Baja Foliar Yang Tidak Asing Lagi Baja Foliar Ezigrow.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *