Terus Produktif

Menghadapai krisis dengan bijak. Bagaimana mengawal sumber pendapatan ketika di rumah. Satu perkongsian untuk faedah bersama.

Penularan coronavirus menjadikan kita resah gelisah, ramai yang terkesan terutama kepada para peniaga dan kepada yang bekerja dengan gaji hari. Macam mana nak survive hidup jika ianya berterusan?

Ramai pakar dan banyak orang telah berkongsi bagaimana untuk menghindari penularan bagi mengelak derita virus. Tetapi bagaimana perkongsian bagi menghadapi  derita kewangan kita?

Alhamdulillah, kerajaan telah berusaha memberi pelbagai inisiatif sebagaimana diumumkan bagi mengurangkan beban rakyat dalam menangani krisis yang tidak di duga kepada individu berpendapatan rendah terutamanya yang terjejas punca pendapatan harian akibat penularan coronavirus (COVID-19). Tetapi sampai bila kita perlu mengharap tanpa ada usaha dari kita juga.

Di sini saya juga turut tergerak untuk bersama berkongsi info yang saya tahu dan amalkan bagi mengurangkan kebimbangan bukan sahaja ketika COVID-19 tetapi  juga untuk hari-hari mendatang. Apa kata anda juga turut kongsikan cara yang boleh anda fikirkan atau yang anda amalkan untuk manfaat bersama! Tinggalkan tips atau komen-komen anda untuk kita sama-sama mengambil manfaatnya.

 

Kali ni saya nak kongsikan amalan yang saya sendiri amalkan  tentang cara nak jimat ketika COVID-19 ni. Dari resah gelisah tak buat apa kat rumah tu lebih baik buat sesuatu untuk menambah baik kewangan kita semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini.

Jom, saya kongsikan beberapa tips untuk berjimat semasa krisis ini berlangsung. Tips-tips yang berbaloi untuk kita mencuba dan berkongsi bersama sahabat2 kita yang lain kerana bukan sahaja boleh meringankan beban perbelanjaan tetapi juga boleh memberi sumber pendapatan kepada kita semua. Antaranya:-

Masak Sendiri

  • Masak sendiri di rumah – selain dapat berjimat mungkin dapat mencungkil bakat atau kemahiran terpendam anda selama ini yang hanya pandai membeli. Silap2 bukan sahaja dapat berjimat tetapi dapat menambah pendapatan yang kita tidak terfikir di benak fikiran. Siapa sangka?

Hubungan Melalui Alam Maya

  • Cuba mengubah cara mengiratkan silaturahim atau majlis melalui alam maya dengan keluarga sahabat handai tanpa banyak belanja disebabkan larangan pergerakan. Ini akan dapat menjimatkan kos tempat, makanan serta perhiasan selain masa, malah keselamatan juga turut terjamin. Sekurang-kurangnya kita mula mendalami teknologi melalui peranti yang selama ini kita hanya mahir berwassap dan bermain muka buku (FB).

Belajar Perkhidmatan Dalam Talian

  • Belajar mengguna khidmat dalam talian. Kata era baru, bukan kita masih nak guna cara dulu. Pelbagai iklan dan panduan dikongsi, tetapi kita masih selesa dengan cara lama. Bila berlaku tekanan baru kita nak mencari dan mencuba. Salah satu penggunaan apps penjimatan sebagaimana saranan Ainan Tasneem dalam vedio yang saya kongsikan.

Buat Sendiri (DIY)

  • Buat sendiri (DIY) – Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan sendiri di rumah seperti membasuh baju tanpa perlu ke dobi , mengemas rumah menggunakan tenaga ahli keluarga sedia ada.

Tingkatkan Kemahiran teknologi

  • Tingkatkan kemahiran – Jika ada seorang peniaga, inilah masanya untuk meningkat kemahiran visibility anda untuk produk atau perkhidmatan anda lebih mudah dikenali umum. Anda boleh buat produk demo ,perkongsian dan sebagainya melalui FB , insta LIVE , Youtube dan lain-lain platform samaada melalui penulisan , grafik ataupun video kerana ini lebih menjimatkan dari kaedah biasa. Mungkin kita dapat membantu rakan2 kita suatu hari nanti.

Mengambil Peluang Ketika Tawaran Murah

  • Mengambil peluang tawaran murah – Ketika ini banyak tawaran murah untuk produk mahupun perkhidmatan melalui online kerana perniaga rasa tertekan dengan keadaan semasa. Anda hanya perlu bijak belanja dan memilih barangan yang diperlukan sahaja walaupun banyak barangan dibawah harga biasa. Pilihlah tawaran dari platform yang bukan sahaja dapat memberi penjimatan, tetapi boleh memberi tabungan. Salah satu platform percuma yang disyorkan boleh memberi penjimatan berganda ialah MySmartShopper. Anda hanya perlu menjadi sorang “Smart User”. Banyak sangat faedahnya.

Tawaran Pakej Rangsangan Ekonomi Kepada Peniaga

Kepada yang belum tahu, terdapat tawaran kepada semua para peniaga2 kecil tidak kira peniaga kedai makan, kedai runcit, food truck, dropship atau peniaga warung ada tawaran istimewa untuk anda untuk rangsangan meningkatkan hasil jualan tanpa ada dikenakan sebarang bayaran sehingga sale anda mencapai RM10K. Senang cakap ianya “PERCUMA” untuk membantu mendapatkan pelanggan berbelanja di kedai anda sehingga mencecah RM10K. Tapi masih ramai yang tidak tahu atau tidak mahu mengambil peluang. Anda perlu cepat kerana ianya mempunyai kuota yang diperuntukkan lebih kurang RM30 Juta sahaja. Siapa cepat dia dapat. Jika anda kurang faham atau berminat boleh terus mendapat bantuan pertanyaan dengan klik sahaja di SINI. Anda akan dihubungi dan dikongsikan bagaimana anda boleh mendapatkannya pakej ini secara percuma. Bersama kita membantu merangsang ekonomi negara.

Memuat turun Apps Percuma

  • Muat turun Apps Percuma – Muat turun apps secara percuma di peranti mudah alih yang memberikan pelbagai produk & perkhidmatan PERCUMA seperti pembelajaran, demonstrasi, kemahiran dan banyak lagi bagi meningkatkan pengetahuan terutamanya apps yang boleh memberi tawaran penjimatan ketika berbelanja.

Di sini saya cuba  kongsikan satu apps PERCUMA yang telah saya cuba dan telah mendapat manfaatnya kerana bukan sahaja dapat tawaran semasa musim2 promosi sahaja tetapi tawaran penjimatan sepanjang masa dan memberi kita tabungan. Menariknya apps ini dari apps2 shopping biasa ialah kerana ianya menyediakan tawaran penjimatan bukan sahaja berbelanja melalui e-commerce (online) tetapi  juga boleh diguna semasa kita berbelanja di kedai offline atau kedai fizikal. Satu-satunya apps shopping yang saya pernah jumpa menawarkan perkhidmatan seperti ini. Dan saya sangat syorkan anda juga patut mengguna dan memuat turun apps tersebut kerana ianya percuma. Ini sebagai usaha kita berjimat sepanjang masa. Berbaloi untuk dikongsi. Apps apa tu?. Apps MY Smart Shopper (MSS). Klik dan install. Ianya pasti berguna untuk anda.

MSS Untuk Semua

Melalui MSS anda boleh menyemak kedai2 berdekatan anda yang dapat memberi penjimatan. Samada kedai e-commerce (online) atau kedai fizikal (offline). Walaupun dengan membayar bil utility anda boleh mendapat penjimatan melalui MSS. Di sinilah pentingnya mengamalkan cara jimat belanja yang betul. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi, memang sangat digalakkan untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan dan memperbanyakkan simpanan dan penjimatan. Melalui MSS juga anda boleh membina senarai bagaimana anda boleh menjimatkan wang setiap hari. Penjimatan RM5 di sini, penjimatan RM10 di sana. Lama-kelamaan akan menjimatkan anda beribu ringgit juga setiap tahun! Wang yang dikumpul mungkin mampu untuk cover separuh daripada nilai barangan yang kita nak beli kemudian. Untung? Semestinya menguntungkan.

Dengan MSS kita tidak perlu menunggu hari2 promosi  seperti Cyber Monday, Chinese New Year, Jualan Penghujung Tahun atau sebagainya kerana dengan MSS hari2 penjimatan diberi dan lebih untungnya apabila penjimatan berganda anda perolehi jika pada hari2 yang ada promosi. Bagaimana anda boleh mendapat semua ini?

Bagaimana Merebut Peluang Dari MSS

Ha, dah excited la tu kan? Sabar, sabar, sabar. First thing first yang anda perlu lakukan ialah mendaftar sebagai ahli MSS. Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu muat turun applikasi MY Smart Shopper di Apple App Store ataupun Google Play Store. Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk lebih memudahkan anda, klik “FREE REGISTRATION”  anda telah terus ke step ke 5 sebagaimana panduan dibawah. Lepas tu gunalah applikasi MSS untuk memudah dan menjimatkan ’shopping’ anda!!!

Lihat vedio dan panduan untuk menjadi member MSS dibawah.

Hebatkan MSS ini?. Dengan tagline “Bijak Belanja, Besar Ganjaran”,  Memang berbaloi-baloi untuk menjadi ahli MSS  atau smart user. Lagi banyak anda mengguna MSS walaupun sekadar untuk membayar bil utility yang memang wajib dibayar tiap2 bulan, lagi banyak ganjaran yang anda boleh perolehi. Inilah masa terbaik untuk tukarkan pembaziran membeli-belah anda menjadi ganjaran yang hebat!!! Last but not least, jangan lupa download aplikasi MSS di  Apple App Store ataupun Google Play Store untuk memudahkan lagi anda bershopping dengan berhemah!!! Selamat berjimat.

Mengapa membazir jika kita boleh berjimat? Jadilah Smart User dan sertai MSS secara percuma sekarang. Klik Join for FREE.

Itu serba sedikit perkongsian dari saya bagaimana untuk berjimat semasa berada di rumah dalam kita melaksanakan perintah larangan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan. Semua kita semua sentiasa dilindungi dari ujian ini dan sihat walafiat hendaknya.

Aminn. Insyaállah.

Yang sama2 kita boleh bantu adalah ikut arahan Kerajaan. Social distance. Jangan keluar rumah kalau tak perlu. Jaga kesihatan.

Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua. Take care and stay safe, Ok?

#KitaJagaKita #stayathome #sharingiscaring #mysmartshopper #buyonline #kitaboleh #mss #bijakbelanja #besarganjaran #staysafe

2 thoughts on “Terus Produktif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *