Soalan Lazim MSS

Q1) Apa itu Cash Point?

A1) Cash Point merupakan ganjaran rebat peruncitan. Pembeli dalam talian boleh memperolehi Cash Point setiap kali mereka membuat perbelanjaan di kedai / laman web peniaga yang mengambil bahagian melalui laman web MY Smart Shopper.

Q2) Bagaimana ia berfungsi?

A2) MY Smart Shopper menerima yuran perujuk bagi setiap jualan yang kami bawakan kepada laman web rakan niaga kami. Daripada yuran perujuk tersebut, kami gunakan sedikit daripadanya untuk menampung kos operasi kami dan memberikan selainnya kepada anda dalam bentuk Cash Point. Misi kami adalah untuk membenarkan ahli kami untuk berbelanja dengan bijak dan berjimat setiap ringgit yang mereka belanja melalui kami.

Q3) Bagaimana untuk memastikan saya mendapat Cash Point saya?

A3) Sentiasa periksa berapa peratusan Cash Point yang diberikan daripada pembelian anda.

  • Sentiasa pastikan anda log masuk ke akaun MY Smart Shopper anda.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MY Smart Shopper, sila daftar untuk memastikan anda mendapat Cash Point dan dikreditkan ke akaun yang betul.
  • Pastikan anda klik butang “Shop Now” di MY Smart Shopper Online yang akan membawa anda terus ke laman web rakan niaga kami sebelum membuat pembelian.
  • Periksa samada anda membolehkan/membenarkan ‘cookies’ pada pelayar anda:
    • Sekiranya anda gunakan Google Chrome, sila ikut arahan sini
    • Sekiranya anda gunakan Internet Explorer, sila ikut arahan sini
    • Sekiranya anda gunakan Safari di Mac anda, sila ikut arahan sini
    • Sekiranya anda gunakan Safari di iPhone, iPad or iPod, sila ikut arahan sini

Q4) Apakah yang dimaksudkan dengan 10% Cash Point?

A4) Setiap RM10 yang anda belanjakan, anda layak mendapat 1 Cash Point.:

  • Sesetengah laman tidak memasukkan nilai GST, cukai dan kos penghantaran dalam jumlah keseluruhan untuk mengira Cash Point
  • Sesetengah laman membayar komisen kepada kami dalam tukaran mata wang asing, hal ini menyebabkan terdapat sedikit perbezaan dalam jumlah Cash Point yang bakal diterima oleh anda.

Q5) Bilakah saya boleh menerima Cash Point saya?

A5) Ia mengambil masa selama 72 jam (hari bekerja) untuk rakan niaga kami untuk maklumkan kepada pihak kami berkenaan dengan pembelian anda. Setelah kami menerima maklum balas, Cash Point anda akan dikreditkan ke dalam akaun MY Smart Shopper anda berserta notifikasi berbentuk emel. Untuk memastikan anda mendapat notifikasi tersebut, sila tambahkan contact@my-smartshopper.com di senarai penghantar dalam emel anda.

Q6) Mengapakah Cash Point saya berstatus "Belum Disahkan"?

A6) Apabila anda menerima Cash Point di dalam akaun anda, ia akan berstatus “Belum Disahkan”. Ia akan disahkan setelah laman web rakan niaga kami memaklumkan bahawa tiada sebarang isu direkodkan berkenaan pembelian anda (isu / pemulangan / pembatalan). Untuk sebarang kes bagi kategori percutian, hotel dan tempahan tiket penerbangan, ia akan mengambil masa yang lebih panjang sedikit sehingga anda menggunakan tempahan anda (tiada pertukaran / pembatalan).

Q7) Apa yang saya boleh lakukan dengan Cash Point saya?

A7) Anda boleh menggunakan Cash Point di mana-mana kedai peniaga yang mengambil bahagian melalui pengesahan MyKad (atau E-PIN);      (1 Cash Point = RM1).

Q8) Saya telah membuat pembelian, tetapi kenapa Cash Point saya belum dipaparkan pada dashboard?

A8) Cash Point akan mengambil masa selama 72 jam (hari bekerja) untuk dikemaskini ke dalam akaun anda. Sekiranya anda tidak melihat nilai Cash Point anda selepas tempoh tersebut, anda boleh memaklumkan kami menggunakan pautan ini.

Q9) Kenapa saya tidak boleh merujuk ahli?

A9) Bagi program MY Smart Shopper (MSS), kami menggunakan ID Pengenalan rakyat Malaysia atau Asia sebagai ID Log Masuk. Oleh itu, kami HANYA membenarkan affiliate program untuk merujuk ahli. Sesiapa yang ingin menjadi ahli boleh mendaftar sendiri melalui “SELF REGISTER” secara percuma dan barulah anda boleh log in ke laman web MSS

Sila lawati laman web platform pemasaran affiliate kami, Affiliate Junction untuk mengetahui lebih lanjut.

Q10) Adakah perlu untuk log masuk ke MY Smart Shopper sebelum saya membuat sebarang pembelian?

A10) Ya, kerana hanya dengan cara tersebut kami boleh menjejak transaksi anda dan memberi ganjaran Cash Point dan Reward Point kepada anda.

Q11) Saya telah membuat beberapa transaksi tetapi tidak semua yang dikesan?

A11) Jangan risau. Isiskan borang ini dan kami akan menyiasat isu tersebut dengan laman web rakan niaga kami. Sila sertakan maklumat sebanyak mungkin untuk memudahkan penyiasatan kami.

Q12) Sekiranya saya membatalkan pesanan atau transaksi, adakan Cash Point saya terjejas?

A12) Ya, rakan niaga kami tidak akan membayar untuk transaksi yang telah dibatalkan / dipulangkan. Oleh itu kami terpaksa membatalkan Cash Point anda.

Q13) Bolehkah anda menjejak Cash Point saya sekiranya saya terlupa untuk membuat pembelian melalui MY Smart Shopper?

A13) Sekiranya anda lupa untuk membuat pembelian melalui MY Smart Shopper, kami tidak boleh menjejaki pesanan anda dan tiada Cash Point akan diberikan. Oleh itu, anda perlu ingat untuk sentiasa log masuk ke laman web MY Shopper Smart dan benarkan kami mengarahkan anda sewajarnya.

Q14) Bagaimana untuk log keluar daripada MY Smart Shopper Online?

A14) Untuk log keluar daripada akaun anda, klik pada “Nama” anda bersebelahan dengan butang “Hubungi Kami” di bahagian atas sebelah kanan. Butang tersebut akan memaparkan pilihan “Log Keluar”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *