Coretan Awal Tahun 2021

      1 Comment on Coretan Awal Tahun 2021

Tahun 2021 telah datang!

Haii..Apa khabar!. Pada semua sahabat2 BB ucapkan Selamat Tahun Baru 2021. Semoga semuanya penuh dengan semangat dan azam2 baru didada. Tapi bagi BB, sebenarnya sebahagian hati BB rasa masih ingin terus berada dalam 2020; meneruskan hasrat yang belum tercapai, menunggu dan terus menunggu, dengan harapan kisah yang berakhir dipenghujung 2020 punya penamat yang berbeza dengan apa yang result yang ada.

Sebahagian lagi hati BB ingin segera meninggalkan 2020; melupakan segala kisah duka, kecewa tidak termasuk yang manis bergula, biar kisah kecewa  atau yang tak baik itu tak terkenang2 lagi dalam tahun 2021 nanti. Ingin memulakan hari baru di tahun baru dengan harapan yang baru, semangat yang baru dan kalau boleh, juga dengan hati yang baru. Ingin melalui hari-hari mendatang dalam 2021 tanpa sedikit pun tercuit dengan apa yang sudah tertinggal di belakang suatu waktu dulu, no more tears, please! Hati pasti tenteram sungguh kalau boleh macam tu.

Apa pun, 2020 sudah pun berlalu, dengan pelbagai kisah, suka dan duka, manis dan pahit, ketawa dan air mata. Apa yang baik, jadikan teladan dan ikutan. Apa yang buruk, jadikan sempadan dan pengajaran.

Kini 2021 membuka tirai, mahu atau tidak, perlu dijalani sebaiknya, dengan harapan dan sangkaan yang baik, dan usaha yang terbaik. Mudah-mudahan Allah membantu!

Tahun sebelumnya..ramai orang beranggapan tahun 2020 akan lebih mudah dari tahun 2019, tapi bila dah masuk 2020 baru kau rasa macam mana?..Weh, apasal lagi mencabar  dari tahun 2019 ni weh?..lebih mencabar dengan pelbagai kemelut politiknya..dengan pendermik covid-19nya..dengan perubahan normal barunya dan pelbagai lagi cabaran yang berkaitan dengan kehidupan harian kita.

Biasa kan kita rasa macam tu?..kita rasa tahun akan datang tu akan lebih mudah tetapi sebaliknya. Ini bermakna level kita dalam kehidupan semakin bertambah dan meningkat. Dan semakin tinggi kita dapat harungi, semakin bersyukur dan tabah kita akan jadi. Contoh seperti main game, lagi naik level, lagi sukar cabarannya kan?

Jadi walau sesukar mana pun cabaran yang hadir, jangan give up, terus lawan. insyaAllah ada jalan penyelesaian. Jika kita rasa tak kuat, mental kita pun lemah, tapi bila kita percaya Allah itu sentiasa ada, kita tak gentar. InsayaAllah.

Makin byk ujian yang kita hadap, makin kuat kita nak tempuh hidup ni. Sebenarnya hidup dalam reality ni tak mudah dalam drama harian kita tengok tu. Bukan semudah macam kita tengok filem Bollywood, satu lagu pun dapat bertukar 5-6 pasang baju, dapat pergi ke 5-6 tempat menarik..fuhh! seronok sungguh. Macam tak ada masalah. Khayal kita dibuatnya. Sama seperti filem Macgyver..macam tak ada masalah..jumpa la serpihan tin apa pun boleh jadi bom. Tapi hidup kita tak semudah itu, kadang2 nak buka tin sardin pun boleh terluka jari. Sebab itu apa yang kita tempuh tu, perlu bergantung pada kekuatan fizikal dan mental kita. Kita perlu ada perancangan.

Dalam realiti perjalanan kehidupan sebenar, akan ada pelbagai masalah dan cabaran kehidupan dan kita tidak boleh give up. Perlu terus berjalan dan akhirnya masalah itu diselesaikan atau akan ditinggalkan jauh di belakang.

Okay contoh, apa kita akan buat kalau kau tersesat dalam hutan? Kita nak balik tapi tak tahu jalan?. Takkan lah kita nak tunggu je dalam hutan tu sampai kena makan dengan dinosaur T-rex. Haha..kan?

Nak tak nak kita terpaksa juga redah onak duri tu semua. Nak tak nak kita terpaksa juga cari jalan keluar walaupun kita tak tahu macam mana. Nak tak nak kita kena berusaha walaupun kita tidak tahu kesudahan kita macam mana, hidup atau mati. Sekurang-kurang kita dah berusaha, kita berfikir macam mana nak keluar dari masalah sesat kita tu.

Macam tu jugalah dengan hidup ini, kalau kita ada masalah, tak kan lah kita nak duduk diam je? Nak tak nak kita kena selesaikan. So kat sini mental kita kena kuat, kalu tak kita akan jadi kelam kabut, silap2 kita boleh jadi sewel ataupun ke Tanjung Rambutan. Bila kita hadapi masalah dan kita bertenang dalam mencari penyelesaian, maka level kita akan naik dan silap2 menjadi idola kpd orang2 di sekeliling kita. Sebab selagi kita tak selesaikan masalah yang datang tu tu, hidup kita takkan tenang.

Setiap ujian yang Allah berikan tu semua ada hikmah, dan pasti semua ujian itu bergantung kepada kekuatan diri kita. Allah tak akan uji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba itu sendiri. So, chill. Anggap ini semua ujian Allah untuk meningkatkan level ketakwaan kepadaNya.

Jadi, kita jangan fikir asal datang tahun baru je , masalah akan hilang. Tambah2 lagi bila kita menginjak dewasa, semakin banyak dugaan yang akan menanti. Masa kecik2 dulu sibuk kita nak jadi dewasa, sebab masa budak kecik semua tak boleh buat, banyak kena kongkong dengan ibubapa. Tak bebas. Tapi bila dah dewasa baru kita tahu serabut dengan pelbagai masalah. Baru kita nak jadi budak kecik balik..haha. itu mustahil la nak putar masa balik, nak tak nak kita kena bijak dan tabah hadap masalah mengikut masa.

Bumi mana tidak ditimpa hujan? Lautan mana tidak bergelora? Begitu juga kehidupan manusia, tidak pernah sunyi daripada dugaan. Anggaplah kehidupan kita umpama pelangi pelbagai warna, begitulah ujian bagi setiap manusia akan menjadikan hidup kita penuh warna warni kehidupan dan suatu masa kita kan terasa manis dan kerinduan apa yang kita telah lalui dengan ujian2 itu.

So, stay happy, stay strong, stay safe and no matter what happen to you, terus bangun dan teruskan berjalan, Allah ada, jadinya usah takut. Berdoa semoga diberi jalan penyelesaian dan ditambahkan kebahagiaan dan cabaran itu menjadi anugerah terindah dalam liku2 kehidupan kita. Amin.

Sekian, coretan BB di awal tahun 2021. Di kesempatan ini juga BB ingin mohon maaf pada semua jika ada perkongsian2 BB pada tahun 2020 menyentuh mana2 pihak.

Di coretan ini juga BB ingin berkongsi sesuatu. Pada yang mahu mengambil peluang dalam tahun 2021 ini, BB kongsikan sesuatu yang sangat bermanfaat dan anda boleh kaji dan fikir2kan sendiri. Just klik “ PELUANG APAKAH ITU? untuk mendapat lebih informasi. Lagi pun ianya percuma! Percayalah, jika anda mengkaji dengan teliti, ada sesuatu yang sangat bermanfaat didalamnya untuk anda.

BB juga ingin kongsikan bagaimana boleh membantu sahabat2 semua untuk mendapat lebih penjimatan berganda dalam setiap perbelanjaan pada tahun 2021 ini. BB syorkan anda jadilah pengguna MSS. Klik “PENJIMATAN SENTIASA” dan jadilah sebahagian dari berjuta pengguna MSS yang sedang menikmatinya. Ianya PERCUMA!

BB DOA DAN HARAPKAN SEMOGA ANDA SEMUA AKAN MENJADI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN2 YANG SUDAH BERLALU.

1 thought on “Coretan Awal Tahun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *