Apa Itu E-Wallet : Norma Baru Kehidupan Digital

Hi, salam sayang dari BB buat semua.

Pejam celik pejam celik dah nak menjengah masuk tahun 2021. Disebabkan dalam tahun 2020 kita semua menghadapi situasi covid-19, situasi yang telah banyak mengubah kehidupan kita kearah norma-norma baru, BB  pasti ramai yang dah pun juga berubah kehidupannya  mendekat ke arah dunia digital. Tak kira dari pelajar sekolah, pekerja sehingglah suri rumah. Semuanya dah makin dekat dengan penggunaan teknologi digital. So, disebabkan sekarang ramai ke arah penggunaan teknologi digital, BB nak borak-borak dan berkongsi sikit berkaitan salah satu pekara yang kita tidak boleh terlepas dalam kehidupan kita. Iaitu kita mesti berbelanja. Kita mesti membeli. Kita mesti ada duit dalam dompet. Tak kiralah tunai ataupun kad kredit. Kalau tak macamna kita nak berbelanja. Dompet ni kita panggil dompet fizikal.

Sooo..kali ini BB nak berkongsi dalam norma baru ni apa yang boleh mengganti dompet fizikal kita sekarang. Sahabat2 biasa dengar tak perkataan e-wallet. Mesti ramailah sekarang yang pernah mendengar. Malah BB percaya ramai antara kita yang sedang mengguna e-wallet ni.

E-wallet ni bukan kad kredit, dan pastinya bukan hutang. So, apa itu e-wallet sebenarnya dan apakah fungsinya dalam kehidupan seharian kita? Nak tahu? Jom BB kongsikan apa yang BB tahu.

Apa itu E-wallet?

E-wallet (atau Dompet Digital), berfungsi seperti dompet fizikal kita iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit, dan juga maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Untuk lebih terperinci, e-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana.

Kelebihan E-Wallet

  • Mengurangkan jumlah wang yang perlu dibawa ke mana-mana.
  • Tidak perlu beratur panjang untuk keluarkan wang di ATM.
  • Transaksi menjadi lebih cepat, tidak perlu tunggu wang baki.
  • Boleh menyimpan rekod perbelanjaan, tidak perlu simpan setiap resit.
  • Banyak peluang untuk mendapat pulangan wang, diskaun, reward points dan cash points.
  • Boleh mengurangkan jenayah ragut. Baca info berkaitan dengan klik “e-Wallet Mengurang Jenayah Ragut”

Kekurangan E-Wallet

  • Sukar digunakan jika kedai penjual atau pedagang tidak mempunyai sambungan internet yang stabil dan laju.
  • Terlalu banyak e-wallet di pasaran, tidak tahu hendak pilih yang mana satu.

Bagaimana Menggunakan E-Wallet?

Mungkin ada sedikit perbezaan untuk setiap e-wallet, tapi prosesnya mudah dan lebih kurang sama.

Selepas memuatnaik e-wallet, pengguna hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut untuk digunakan. Sesetengah e-wallet juga membenarkan maklumat kad kredit atau akaun bank dihubungkan melalui aplikasi itu sendiri.

Pengeluaran pula bergantung kepada kemudahan setiap e-wallet. Sebagai contoh, GrabPay membenarkan pengguna untuk menggunakan baki yang ada untuk membayar tambang Grab, manakala Boost membolehkan pengguna membeli apa-apa saja di KK Speedmart. My smart shopper atau MSS Pay pula banyak memberi diskaun seperti cash points dan reward points. Hanya imbas kod QR dan anda sudah berjaya melakukan pembayaran. Baki wang anda di e-wallet akan ditolak, dan anda boleh masukkan seberapa banyak jumlah wang pada bila-bila masa jika baki tidak mencukupi.

Senarai E-Wallet Yang Ada Di Malaysia

Sekarang terdapat pelbagai aplikasi e-wallet. Namun, bagaimana e-wallet menjadi salah satu cara praktikal untuk berjimat semasa kita berbelanja

Berikut adalah senarai e-wallet yang ada di Malaysia. Setiap e-wallet mempunyai keistimewaan mereka masing-masing, dan akan BB huraikannya di dalam artikel-artikel  BB nanti.

  1. MSS Pay
  2. Boost
  3. GrabPay
  4. WeChat Pay
  5. Touch n Go Wallet
  6. BigPay
  7. FavePay
  8. SamsungPay
  9. Paypal
  10. VCash
  11. MPay
  12. KiplePay
  13. RazerPay
  14. Ipay88
  15. Payfy
  16. MCash
  17. Setel
  18. UOB Mighty.

BB syorkan anda untuk mencuba salah satu daripada e-wallet ini.Di sini BB cuba kongsikan salah satu e-wallet baru yang tengah viral.

MSS Pay

Apa yang BB nak kongsikan ialah terdapat satu e-Wallet  baru yang banyak mmberi manfaat kepada sesiapa yang menggunakannya iaitu eWallet MSSPAY yg terdapat dlm platform MSS.

Kenapa BB kata MSSPAY ini sangat mmberi manfaat? Kerana selain kita menyahut hasrat kerajaan kearah penyimpanan wang dan membolehkan aktiviti membeli-belah dilakukan secara digital, yang lebih selamat dan cekap, e-Wallet MSSPAY ini juga akan membolehkan penggunanya mendapat “Reward & Cashback” berterusan selagi menggunakanya. Pendaftaran adalah “PERCUMA” dan anda boleh mendaftar sendiri.

Aplikasi e-Wallet  MSS ini selalunya menawarkan ‘Cash back’ atau ‘cash points dan reward points yang bermaksud, lebih kerap anda berbelanja mengguna MSS Pay, lebih banyak penjimatan yang anda dapat dan dikredit masuk ke akaun MSS anda. Jika anda ingat pada tahun 2019, kebanyakan bazar Ramadan di Kampung Baru telah mengaplikasikan kebaikan e-Wallet. Bukan itu sahaja, jika anda membeli barang-barang  secara online atau offline, lebih banyak pulangan ‘cash back’ yang anda akan dapat. So, apa tunggu lagi, tukarkan dompet fizikal anda menjadi dompet digital sekarang.

Pada yang mahu mengambil peluang untuk mendapat diskaun dan penjimatan berterusan dalam setiap perbelanjaan, BB kongsikan cara untuk anda semua mendaftar dan mencuba e-wallet MSS Pay ni

Hanya semudah 123. Don’t wori. Semuanya FREE sahaja.

  1. Klik dan daftar masuk secara percuma di sini👇
    http://bit.ly/FREE_Register_MSS_eWallet
  2. Lihat email. Buat pengesahan dan pengaktifan dgn hanya satu klik sahaja.
  3. Download apps “MY Smart Shopper ” di google play atau appstore. Sign in melalui apps tadi dan mulalah mendapat faedah melalui penggunaannya… 👍.

Mudah kan?

Kita blh mendaftar pelbagai e-wallet dalam phone kita kerana ianya percuma. Dah daftar? Guna dan dapatkan manfaat e-Wallet sekarang. Senang kan?! daftar sahaja..!!

Utk mendapat info berkaitan manfaat e-wallet MSS boleh sahaja klik dan dapatkan penerangan terus di “Info MSS Pay”

Selamat Menempuh Norma Baru Untuk Semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *